Bekas Beregu No.2 Negara Keluar BAM - Sukan | mStar

Bekas Beregu No.2 Negara Keluar BAM

KUALA LUMPUR: Bekas beregu nombor dua negara, Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari telah membuat keputusan untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Salleh berkata pasangan itu telah mengemukakan permohonan untuk keluar daripada naungan badan induk itu pada 17 Ogos lepas.

"Kesemua ahli jawatankuasa BAM pada Sabtu telah bersetuju untuk melepaskan kedua-duanya tanpa syarat mahupun penalti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan persatuan itu di sini.

Nadzmi berkata keputusan sebulat suara itu diambil selepas mengambil kira sumbangan dan pencapaian mereka pada Kejohanan Piala Thomas, Kejuaraan Dunia, Sukan SEA dan juga memenangi beberapa pertandingan dalam negara.

"Keputusan mereka untuk bergerak sendiri adalah kerana merasakan sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemain baru, selain faktor umur mereka yang semakin meningkat," katanya.

Mohd Zakry, 29 dan Mohd Fairuzizuan, 28, merupakan bekas beregu negara sebelum jurulatih beregu Rexy Mainaky memutuskan untuk digandingkan mereka masing-masing dengan Hoon Thien How dan Ong Soon Hock.

Berikutan tindakan beregu itu, peluang untuk mereka memburu tempat pada Sukan Olimpik 2012 di London mungkin terjejas.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi berpuashati dengan pencapaian Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Dunia di London, minggu lepas tetapui melahirkan rasa kecewa dengan prestasi beregu utama negara Koo Ken Keat dan Tan Boon Heong.

Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai berkata ketiadaan Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan di bawah naungan BAM tidak akan menjejaskan peluang BAM mencari beregu kedua negara kerana masih ada pemain yang berpotensi untuk digandingkan.

"Kita masih ada beberapa pemain antaranya Chan Peng Soon, Hoon Thien How, Gan Teik Chai dan Tan Bin Shen, serta beberapa pemain muda yang perlu diketengahkan bakatnya," katanya.

Ng berkata peluang untuk Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan melayakkan diri ke temasya di London masih terbuka, dan perlu mengutip mata yang telah bermula awal April lepas, bermula dengan Terbuka Malaysia sehingga April tahun hadapan.

"Adalah tidak mustahil mereka mampu melayakkan diri dalam lapan 'ranking' teratas tetapi ia masih dianggap sukar dengan keadaan mereka yang tidak lagi berada di bawah BAM.

"Bagaimanapun kita akan membuat pelan rombakan bagi mengisi kekosongan beregu kedua ini dengan mengadakan mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan (C&T) dalam jangka masa terdekat," katanya.

Dalam kelayakan ke Sukan Olimpik, hanya lapan beregu teratas akan berjaya beraksi di temasya empat tahun sekali itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain