suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulfahmi Gegar Litar Brno Dengan Pencapaian Terbaik

KUALA LUMPUR: Pelumba tunggal negara Muhammad Zulfahmi melakukan pencapaian terbaik dalam acara 125cc pada kejuaraan MotoGP Dunia apabila menduduki tempat kesembilan pada Grand Prix Republik Czech di Litar Brno pada Ahad.

Pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu mengumpul tujuh mata untuk menduduki tangga ke-16 keseluruhan setakat ini dengan jumlah 20 mata.

Pencapaian itu mendekatkan pelumba berusia 19 tahun itu untuk mencapai sasaran tempat ke-15 keseluruhan musim ini.

"Keputusan di Litar Brno itu merupakan hadiah istimewa Hari Raya Aidilfitri untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan pencapaian terbaik Zulfahmi setakat ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmaf Razali dalam kenyataan di sini.

Perlumbaan 125cc itu dimenangi oleh pelumba pasukan Intact-Racing Team Germany, Sandro Cortese. -BERNAMA