suria

Gimnas Negara Timba Pengalaman Baru Di Universiade 2011

SHENZHEN: Gimnas negara, Hairi Zaid Ahmad Saruji, yang beraksi di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) bertuah kerana dapat belajar banyak perkara baru dan berguna pada saingan awal kategori individu lelaki di Gimnasium Shenzhen Bao'an.

Hairi Zaid, 21, berkata walaupun tidak dapat mengatasi gimnas handalan dunia dari Eropah Timur, beliau berpuas hati dengan persembahan hari ini, terutama dalam disiplin 'Floor' dan 'Vault'.

Atlet Universiti Putra Malaysia itu berjaya mengutip 63.200 mata iaitu 13.850 mata menerusi disiplin 'Floor', 11.500 mata (Pommel Horse), 11.600 mata (Rings), 11.450 mata (Parallel Bars) .

"Latihan selama dua bulan di Kunming, China sebelum ini banyak membantu saya membuat persembahan yang lebih baik hari ini.

"Dulu saya rasa agak gementar apabila beraksi, tetapi kini saya lebih yakin berbanding sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Gimnas yang berasal dari Perlis itu juga berkata pengalaman beraksi bersama gimnas handalan dunia di Shenzhen cukup berguna untuk dirinya dan berharap mampu beraksi di pusingan kedua.

"Saya perlu mendapat tempat lapan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya, namun keputusan tersebut hanya dapat diketahui Selasa ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain