suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara Bertahan Filipina Sertai Kejohanan Boling Padang Langkawi

LANGKAWI: Juara bertahan Filipina mengesahkan akan bertanding pada Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi Piala Mahsuri ke-10 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Langkawi di sini dari 12 hingga 17 November ini.

Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Azmil Munif Bukhari yang juga penyelaras kejohanan itu, berkata penganjur akan mengundang negara-negara Asean untuk mengambil bahagian di samping pemain tempatan dari negeri-negeri serta kelab di Malaysia.

"Filipina merupakan negara pertama mengesahkan penyertaan dengan menghantar lima pasukan," katanya, Rabu. Azmil Munif berkata 30 pasukan telahpun menghantar penyertaan manakala penganjur menyasar 80 pasukan.

Tarikh tutup adalah dua minggu sebelum kejohanan bermula.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain