suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zapata Nafi Dikaitkan Dengan Liverpool

Zapata (kiri) menjalani latihan menjelang pertandingan Copa Amerika di Argentina.
Zapata (kiri) menjalani latihan menjelang pertandingan Copa Amerika di Argentina.
Zapata (kiri) menjalani latihan menjelang pertandingan Copa Amerika di Argentina.

AGEN Cristian Zapata menolak spekulasi pemain pertahanan Udinese itu bakal berhijrah ke Liverpool selepas khabar angin mengatakan perjanjian bersama The Reds semakin hampir ketika dia menjalani latihan di Colombia bagi persiapan Copa Amerika.

Bagaimana pun, agen tersebut menjelaskan Zapata,24, tidak menolak jika diberi tawaran untuk berada di bawah pimpinan Kenny Daglish.

“Kenyataan itu timbul dari pihak Amerika Selatan yang beribu batu jauh jaraknya. Ini bermakna kadang-kala ia mempunyai maksud yang berbeza daripada maksud asal.

“Namun setakat ini tidak ada perbincangan panjang mengenai masa depannya walaupun tahu dia sememangnya teruja untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi untuk meninggalkan kelab seperti Udinese ini, kamu perlu meminta izin dari kelab yang lebih besar.

“Cristian kini akan beraksi dalam Copa Amerika dan kami harap dia boleh boleh memberi sesuatu selepas menampilkan aksi terbaik untuk kelabnya sebelum ini.

“Udinese adalah satu tempat yang sesuai untuk dia beraksi tanpa menghadapi tekanan yang tinggi,” katanya kepada notiziariosportivo.com

Artikel Berikut

Artikel Lain