suria

Adib Intai Peluang Catat Kejayaan

Adib (kiri) sedang berbincang dengan pengurus pasukan Motul Yamaha, YY Pang.
Adib (kiri) sedang berbincang dengan pengurus pasukan Motul Yamaha, YY Pang.
Adib (kiri) sedang berbincang dengan pengurus pasukan Motul Yamaha, YY Pang.

JUARA bertahan kategori Wira 2010, mengintai peluang untuk menjuarai Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan pada 25 dan 26 Jun ini selepas tidak berpuas hati dengan pencapainnya sebelum ini.

Adib hanya menjejakkan kaki di atas podium ketika pusingan tiga di Terengganu manakala keputusan terbaik selain itu hanya di tangga keempat di Putrajaya (Pusingan 4).

Pada pusingan pembuka tirai di Kangar pula dia gagal melayakkan diri dan di Batu Kawan (Pusingan 2) dia muncul tempat kelima.

Dengan 40 mata setakat ini, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu sekadar menghuni tangga keempat dalam senarai keseluruhan kategori Wira.

“Keputusan pada tahun lalu begitu menakjubkan namun pada musim ini saya menghadapi banyak kesukaran untuk melakukannya lagi," katanya.

Adib menjelaskan kegagalannya banyak berpunca daripada masalah mendapatkan pelarasan jentera terbaik dan juga saingan musim ini yang semakin sengit.

“Jentera Yamaha saya tidak mempunyai kelebihan apabila berada pada kelajuan maksimum berbanding lawan seperti Hafiza dan Zulsyafiz.

“Tambahan pula, kemampuan pelumba-pelumba muda pada ketika ini begitu baik dan memberikan saingan sengit berbanding musim lepas. Saya akui mempunyai sedikit kesukaran untuk menghadapi mereka,” kata pelumba 17 tahun itu.

Katanya, kadangkala nasib memainkan peranan dalam perlumbaan namun ia tidak semestinya sebagai penentu kepada kejayaan.

"Untuk menang, pelumba perlu mempunyai keazaman dan perlu dahagakan kejayaan. Saya gembira kerana pusingan berikutnya berlangsung di Teluk Intan.

“Di litar ini terdapat banyak selekoh-selekoh berkelajuan tinggi dan saya cukup menggemarinya. Jentera Yamaha saya pula menunjukkan peningkatan yang konsisten dan saya mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding pelumba-pelumba lain.

"Gabungan semua elemen ini diharap dapat membantu saya untuk mencatat kemenangan minggu depan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain