suria

Sturridge Semakin Berbisa Bersama Bolton

BOLTON: Daniel Sturridge (gambar) mengekalkan persembahan terbaiknya sebagai penyerang Bolton ketika pasukan itu menundukkan Everton 2-0 di Stadium Reebok, awal pagi Isnin.

Sturridge berada pada tahap terbaik sejak berhijrah dari Chelsea pada hari terakhir perpindahan pemain dan Everton tidak berupaya menyekat kemaraan pemain muda yang dipaksa meninggalkan Stamford Bridge kerana kehadiran Fernando Torres.

Pasukan Owen Coyle berada di depan menerusi tandukan Gary Cahill pada babak pertama sebelum Sturridge menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Bolton menduduki tempat ketujuh carta Liga Perdana Inggeris.

"Saya berada bangga kerana dapat bermain sekerap mungkin. Pengurus memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap saya. Dia mahu saya beraksi seperti biasa dan menunjukkan bakat saya kepada sesiapa saja," kata Sturridge.

Ketika Bolton memperbaiki kedudukan, Everton terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan skuad kendalian David Moyes itu kekal tiga mata saja di atas zon penyingkiran.

Moyes bagaimanapun yakin anak buahnya akan bangkit untuk menebus kembali maruah pasukan.

"Saya merasakan sepanjang tiga minggu ini kami mempamerkan persembahan terburuk. Kami membiarkan gol dibolosi lawan. Saya amat marah tetapi pemain menyedari mereka gagal beraksi pada tahap sebenar," katanya.

Artikel Lain