suria

Bale Terpaksa Lupa Hasrat Jumpa Inter

Bale bergelut dengan kecederaan belakang.
Bale bergelut dengan kecederaan belakang.
Bale bergelut dengan kecederaan belakang.

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Gareth Bale akan terlepas peluang berkunjung ke Milan untuk pertembungan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa kerana bergelut dengan kecederaan belakang.

Bale yang mencipta hatrik di San Siro ketika bertemu Inter Milan pada saingan peringkat kumpulan turut diketepikan dalam empat perlawanan bersama Spurs akibat kecederaan sama.

"Saya yakin Bale tidak akan pulih sepenuhnya sebelum Selasa ini. Dia sudah menerima suntikan epidura. Peter Crouch mengalami masalah sama, dan di sudah kembali cergas," kata Redknapp selepas Spurs menewaskan Sunderland 2-1 pada Sabtu.

Redknapp berkata, Rafael van der Vaart sedia diturunkan pada perlawanan 16 terakhir, pertemuan pertama menentang juara Eropah tujuh kali itu walaupun dia tidak beraksi menentang Sunderland.

Pemain kelahiran Belanda itu dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika menundukkan Bolton Wanderers minggu lalu kerana mengalami kekejangan otot betis.

Bale dan Van der Vaart masing-masing menjaringkan enam gol dalam kejuaraan Eropah untuk Spurs.

Penampilan pemain tengah Luka Modric juga diragui selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiks minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain