suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

PENYERANG Arsenal, Nicklas Bendtner (gambar) mengakui kemungkinan besar dia bakal meninggalkan kelab ini selepas kecewa tidak diberi peluang untuk berada dalam senarai pemain-pemain utama.

Bendtner yang baru pulih daripada kecederaan dan kini berada di tahap prestasi terbaik berkata sebelum ini dirinya mempunyai keyakinan untuk beraksi dalam skuad utama, namun hakikatnya dia masih berada di bangku simpanan.

“Saya yakin dengan kemampuan Arsenal dan pasukan ini begitu bermakna bagi saya. Walaupun sedih untuk meninggalkan kelab ini, namun saya perlu fikir masa depan sendiri kerana ini adalah karier saya. Dan saya tidak boleh terus berada di bangku simpanan.

“Sebelum itu, saya tekad untuk melakukan yang terbaik sehingga musim ini tamat,” katanya.

Jelasnya, pada musim dia dia berharap namanya akan dipilih untuk membarisi sebelas pemain utama, tetapi perlu tunggu dan lihat.

“Tetapi sekiranya Arsenal masih tidak mengubah sistem pemilihan pemain ini, saya perlu mengambil tindakan sendiri kerana saya ingin bermain. Tidak ada prasangka tentang itu. Jika saya tidak dapat beraksi, saya tidak mahu terus panaskan kerusi simpanan. Semua pemain yang berada dalam situasi ini akan mengambil tindakan yang sama.

“Saya sudah berada dalam prestasi terbaik dan sekarang saya perlu bermain lebih banyak perlawanan untuk meningkatkan lagi tahap permainan dan menjaringkan gol yang lebih banyak,” katanya.

Arsenal, Nicklas Bendtner

Artikel Berikut

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia