suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasli Berazam Ke Sukan Olimpik London

KUALA LUMPUR: Penembak negara, Hasli Izwan Amir Hassan berazam untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London tahun depan dan mempamerkan aksi cemerlang bagi menebus kekecewaan pada penyertaan sulungnya di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"Tumpuan saya pada tahun ini ialah untuk melepasi salah satu daripada empat siri kejohanan Menembak Piala Dunia (ISSF) bagi melayakkan saya menyertai Sukan Olimpik London," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Sepanjang tahun ini, Hasli bersama-sama empat lagi penembak kebangsaan Mohd Hafiz Adha, Nur Ayuni Abdul Halim, Nursuriyani Mohd Taibi dan Bibiana Ng akan menyertai empat siri kejohanan Menembak Piala Dunia (ISSF) bermula di Sydney, Australia pada 21-30 Mac depan dan diikuti Changwon, Korea Selatan (April), Fort Benning, Amerika Syarikat (Mei) dan Munich, Jerman (Jun).

Hasli berkata walaupun beliau tidak meletakkan sebarang sasaran pingat tetapi beliau berharap dapat berada dalam kelompok enam teratas bagi membolehkan dirinya beraksi pada peringkat suku akhir Sukan Olimpik London itu nanti

"Saya harap dapat menebus kembali kegagalan saya membawa pulang sebarang pingat dalam acara 25 meter rapid fire pistol semasa Sukan Olimpik Beijing, China pada 2008 lalu," katanya.

Hasli berkata beliau kini sibuk menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan menembak sirkit kebangsaan iaitu Kejohanan Menembak Selangor yang akan berlangsung di Lapang Sasar Kebangsaan Subang dari 24-27 Feb ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cole Pemain Terbaik England 2010

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia