suria

Mercedes GP Petronas Mengharapkan Musim Penuh Kejayaan Tahun Ini

Jentera F1, Mercedes Grand Prix Petronas MPG WO2 dipamerkan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di Kuala Lumpur, malam Isnin. Perlumbaan F1 itu dijangka berlansung 8 hingga 11 April depan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mercedes GP Petronas Formula One (F1) mengharapkan musim penuh kejayaan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Nick Fry.

"Selepas ujian di Valencia (minggu lepas), kami telah menentukan segalanya berjalan sempurna dan pada umumnya kami mengkaji setiap sistem pada kereta itu.

"Saya cukup gembira menyatakan bahawa maklum balas daripada pemandu amat positif. Kereta ini berbeza daripada kereta tahun lepas," kata Fry.

Fry berada di Malaysia untuk pelancaran kempen Petronas Motorsports 2011 dan pengenalan kereta baru pasukan itu MGP W02 yang melakukan persembahan pertamanya di sirkit rakan kejuaraan pasukannya sendiri, Petronas, malam Isnin.

Usaha rekabentuk dan pembangunan selama 12 bulan, ialah kereta "Silver Arrows" yang dilancarkan dengan rasminya pada 1 Feb di Valencia, Sepanyol.

Mengenai prestasi johan dunia tujuh kali, Michael Schumacher, Fry mengambil perhatian pasukan itu yakin penuh Schumacher akan muncul semula dengan mantap pada musim ini selepas kemunculannya ke F1 tahun lepas agak menghampakan.

Musim Kejohanan Dunia FIA Formula One 2011 akan bermula di Bahrain pada 11 hingga 13 Mac.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain