suria

FIFPro Mahu Piala Dunia 2022 Diadakan Pada Musim Sejuk

KESATUAN Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro) seluruh dunia mengeluarkan kenyataan menegaskan final Piala Dunia 2022 di Qatar harus diadakan pada musim sejuk.

FIFPRO yakin ia langkah terbaik untuk menganjurkan kejohanan itu pada musim sejuk walaupun keputusan FIFA mahu final Piala Dunia itu diadakan pada musim panas.

Presiden FIFA, Sepp Blatter menjadi mangsa kritikan selepas jawatankuasa eksekutif FIFA memilih Qatar sebagai hos Piala Dunia 2022 pada 2 Disember lalu.

Qatar berjaya mengetepikan Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Negara Timur Tengah itu memiliki bidaan teknikal terlemah berbanding negara lain yang mengemukakan bidaan bagi tahun 2022.

Ahli jawatankuasa FIFA, Franz Beckenbauer menyuarakan kebimbangan mengenai risiko kesihatan pemain yang akan beraksi dalam kejohanan pada Jun dan Julai itu.

Bagaimanapun, Blatter memberitahu dia sanggup merombak semula tarikh kejohanan supaya diadakan pada musim sejuk di mana Piala Kelab Dunia diadakan di Emiriah Arab Bersatu.

"Negara yang mempunyai purata suhu terpanas pada Jun dan Julai tidak logik dipilih sebagai hos Piala Dunia. Ia mampu menjejaskan tahap kesihatan pemain. Pelancong dinasihatkan tidak berkunjung ke Qatar pada musim panas," kata Setiausaha Jawatankuasa Teknikal FIFPro, Tijs Tummers.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain