suria

Rusia, Qatar Tuan Rumah Piala Dunia 2018, 2022

RUSIA menewaskan England dalam perebutan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Rusia mendahului senarai undian dan memenangi hampir kesemua majoriti undi pada pusingan kedua sekali gus mengatasi pencabar terdekat, England dan bidaan bersama Belanda/Belgium dan Sepanyol/Portugal.

England disingkirkan selepas pusingan pertama selepas mendapat undian daripada 22 ahli jawatankuasa terkemuka.

Keputusan juara bidaan diumumkan Presiden FIFA, Sepp Blatter di Messezentrum, Zurich.

Rusia dan Qatar yang akan menjadi tuan rumah pada 2022 masing-masing dilantik sebagai penganjur buat pertama kalinya.

"Kita akan melangkah ke tempat baru. Piala Dunia tidak pernah diadakan di Rusia dan Timur Eropah. Negara Timur Tengah dan Arab sentiasa menunggu keputusan ini. Saya amat gembira apabila kami bercakap mengenai pembangunan bola sepak," kata Blatter.

Artikel Sebelum

Skuad Goalball Sasar Lima Pasukan

Artikel Berikut

Artikel Lain