Ancelotti Akur Kekuatan The Reds - Sukan | mStar

Ancelotti Akur Kekuatan The Reds

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti akur dengan kekalahan kedua kelabnya itu selepas ditundukkan 0-2 oleh Liverpool di Anfield awal pagi Isnin.

Penghulu takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) ini terlepas peluang untuk meninggalkan lima mata daripada pencabar terdekat, Menchester United selepas Fernando Torres menjaringkan dua gol kemenangan itu.

“Sememangnya keputusan itu tidak baik bagi pasukan ini tetapi saya gembira melihat cara mereka bermain pada separuh masa kedua. Saya fikir kami menerima tekanan pada masa itu dan sepatutnya kami layak menjaringkan gol kerana telah melakukan tugas yang cemerlang, namun kami tidak bernasib baik.

“Reina telah melakukan aksi terbaik dan dia telah menyelamatkan banyak percubaan kami, secara keseluruhannya mereka layak menang,” katanya.

Sementara itu Ancelotti berkata, Torres telah menunjukkan jaringan berkualiti setelah sekian lama mencari rentak permainan.

“Dia adalah penyerang luar biasa. Kami tidak bermain dengan baik dan bijak pada separuh masa pertama serta gagal mencari ruang untuk menjaringkan gol.

“Benteng pertahanan Liverpool sangat kuat, begitu juga barisan serangan. Bagi kami ia adalah saat sukar untuk kembali kepada permainan kami dan kesuntukkan masa membuat kami akur dengan keputusan itu.

“Kalah dan menang pasti akan berlaku dan kami berfikiran positif dan kami masih berada di atas. Adalah mustahil untuk memenangi semua perlawanan, dan kadang kala kamu akan kalah, namun sekurang-kurangnya pasukan telah menunjukkan kekuatan mental mereka,” katanya, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Tewas Mengejut Kepada Newcastle

Artikel Berkaitan

Artikel Lain