suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Button Terselamat Daripada Serangan Lelaki Bersenjata

JUARA dunia Formula Satu (F1), Jenson Button (gambar) terselamat daripada serangan sekumpulan lelaki bersenjata ketika dalam perjalanan pulang dari Grand Prix Brazil selepas selesai sesi kelayakan pada Sabtu.

Kereta yang membawa Button berhenti di lampu isyarat, luar perkarangan litar Interlagos apabila sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai mahu melakukan serangan.

"Kami baru pulang dari litar dan berada di luar, tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Saya terlihat enam lelaki bersenjata. Sebaik saja berkata demikian, pemandu saya terus memecut laju," katanya.

Ayah Button, John dan pengurusnya, Richarad Goddard serta pakar fisioterapi Mike Collier turut berada dalam kenderaan itu.

Goddard berkata, mereka meninggalkan litar pada jam 7.00 petang waktu tempatan dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila menyedari sekumpulan lelaki bersenjata meluru ke arah mereka.

Pemandu Button melanggar beberapa kenderaan lain dalam usaha menyelamatkannya daripada menjadi mangsa serangan, kata Goddard.

Artikel Sebelum

Artikel Lain