suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Tewas Mengejut Kepada Newcastle

Carroll (kiri)melonjak kegembiraan selepas membolosi gawang Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad.
Carroll (kiri)melonjak kegembiraan selepas membolosi gawang Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad.
Carroll (kiri)melonjak kegembiraan selepas membolosi gawang Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad.

LONDON: Arsenal menerima kekalahan mengejut buat kali kedua apabila tewas 0-1 kepada Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung, Ahad.

Skuad bimbingan Pengurus Arsene Wenger itu pernah tewas 2-3 kepada West Bromwich Albion di Emirates, September lalu.

Meskipun menguasai hampir keseluruhan permainan, Arsenal gagal menemui penyudah berbisa untuk menjinakkan pasukan yang pernah menundukkan mereka di gelanggang sendiri, sembilan tahun lalu.

Gol tunggal Newcastle dihasilkan menerusi tandukan Andy Carroll pada minit ke-45 selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski.

Mimpi ngeri terus menghantui The Gunners apabila pemain pertahanan, Laurent Koscielny dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan kasar ke atas Ranger.

Kekalahan itu nyata memberi impak negatif kepada Arsenal yang kini menghuni tangga ketiga dengan 20 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Lain