suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Menang Tipis Ke Atas Bursaspor

Nani (kanan) meraikan jaringannya bersama Federico Macheda.
Nani (kanan) meraikan jaringannya bersama Federico Macheda.
Nani (kanan) meraikan jaringannya bersama Federico Macheda.

GOL tunggal Nani belum cukup memadamkan teka-teki pemergian penyerang sensasi Wayne Rooney dari Old Trafford di saat Manchester United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Bursaspor dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Khamis.

Keputusan Rooney untuk meninggalkan United disebabkan keghairahan memenangi lebih banyak trofi terus hangat diperkatakan sebelum perlawanan itu berlangsung.

Walaupun menguasai perlawanan seawal minit ketujuh, United gagal melakukan lebih banyak kejutan ke atas juara Liga Turki itu.

Penyokong United mula melemparkan kritikan ke atas Rooney akibat keputusannya yang enggan menandatangani kontrak bersama kelab tersebut.

Bintang berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak diturunkan kerana masih bergelut dengan kecederaan buku lali.

Namun Nani mula menaikkan mood penyokong Red Devils sebaik saja membuka jaringan awal menerusi percubaannya dari jarak jauh.

United sepatutnya bermula garang selepas gol pertama itu tetapi mereka gagal meneruskan rentak cemerlang.

Pasukan tuan rumah nyaris dihukum Sercan Yildirim tetapi hantaran penyerang itu gagal disambut rakan sepasukannya.

United kini menduduki tangga teratas Kumpulan C selepas Rangers dan Valencia terikat seri dalam perlawanan berasingan.

Artikel Sebelum

WPKL Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Lain