suria

Stoner Tawan Litar Philip Island

PENUNGGANG Ducati Marlboro Team, Casey Stoner (gambar) muncul juara di halaman sendiri apabila menjuarai perlumbaan pusingan ke-16 Grand Prix Australia yang berlangsung di Litar Philip Island, Ahad.

Stoner yang memulakan perlumbaan di petak hadapan menyempurnakan 27 pusingan dalam masa 41 minit 9.128 saat, kelebihan lapan saat di depan juara dunia dari Sepanyol, Jorge Lorenzo di litar sejauh 4.45 kilometer.

Manakala juara tujuh kali, Valentino Rossi berada di tempat ketiga setelah diberi saingan sengit oleh penunggang Ducati, Nicky Hayden.

“Bersaing bersama Nicky pada pusingan akhir adalah sangat mencabar dan saya gembira serta tahniah juga kepadanya.

“Saya gembira kerana sekali lagi berjaya berada di atas podium ini,” katanya.

Sementara itu, kejayaan menjuarai pusingan ini merupakan kemenangan ketiga Stoner setelah turut meraih juara pada perlumbaan di Aragon dan Motegi sebelum ini.

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung di Litar Estoril, Portugal pada 29 hingga 31 Oktober ini sebelum pusingan akhir penutup musim ini di Valencia pada 5-7 November ini.

Kedudukan terkini pelumba:

1.Jorge Lorenzo (333 mata) 2. Dani Pedrosa (228) 3. Casey Stoner (205) 4. Valentino Rossi (197) 5. Andrea Dovizioso (179) 6. Ben Spies (163) 7. Nicky Hayden (152) 8. Marco Simoncelli (102) 9. Randy de Puniet (100) 10. Marco Melandri (93)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain