suria

Belanda Mara Ke Final

Robben meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke aksi final Piala Dunia 2010. Foto AP
Robben meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke aksi final Piala Dunia 2010. Foto AP
Robben meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke aksi final Piala Dunia 2010. Foto AP

BELANDA mara ke pusingan final Piala Dunia buat pertama kalinya sejak 1978 dengan menewaskan Uruguay 3-2 dalam aksi separuh akhir menakjubkan awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Bert van Marwijk itu kelihatan selesa pada separuh masa kedua menerusi jaringan Wesley Sneijder dan Arjen Robben untuk meletakkan kedudukan 3-1.

Terdahulu, rembatan jauh Giovanni Van Bronckhorst membolehkan Belanda berada di depan seawal minit ke-18 tetapi pemain Uruguay Diego Forlan berjaya mengikat kedudukan 1-1.

Jaringan yang dilakukan Maximiliano Pereira pada masa tambahan bagaimanapu sudah terlambat untuk mengekang kemaraan Belanda ke pusingan akhir kali ini.

Belanda akan bertemu sama ada Jerman atau Sepanyol yang akan beradu nasib pada awal pagi esok dalam memburu trofi terulung itu.

Selepas menekankan corak permainan bola sepak 'total' dan tewas dalam aksi final 1974 dan 1978 selain tersingkir menerusi penentuan penalti ketika bertemu Brazil di separuh akhir 1998, skuad kali ini dilihat mampu membawa harapan baru untuk Belanda bergelar juara.

"Saya masih ingat dengan jelas aksi final kami sebelum ini. Ia adalah generasi unik dengan Johan Cruyff adalah pemain terbaik dunia.

"Saya amat gembira kami melangkah ke final sekali lagi. Kami mahu menamatkan kemarau kejuaraan selama 32 tahun. Namun masih ada satu lagi halangan yang perlu diharungi," kata Van Marwijk.

Cape Town sentiasa menyajikan pertembungan penuh dramtik sepanjang tujuh perlawanan terdahulu.

Namun setakat ini Belanda berjaya mencatat kemenangan terbesar pada saingan separuh akhir iaitu 3-2 selepas Jerman terikat 3-3 dengan Perancis dalam masa tambahan pada 1982.

Artikel Lain