suria

United Buru Khidmat Sneijder

Sneijder mula menjadi perhatian kelab lain sejak memperkuat Inter musim lalu. Foto AP
Sneijder mula menjadi perhatian kelab lain sejak memperkuat Inter musim lalu. Foto AP
Sneijder mula menjadi perhatian kelab lain sejak memperkuat Inter musim lalu. Foto AP

AKHBAR The Sun semalam melaporkan United sanggup mengeluarkan perbelanjaan bernilai 35 juta pound (RM171.16 juta) terhadap Wesley Sneijder memandangkan Sir Alex Ferguson ingin memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu musim depan.

Sneijder menjadi tonggak utama kejayaan Inter musim lalu dan menjaringkan lima gol pada aksi Piala Dunia bersama Belanda yang menghampiri kemuncaknya, 12 Julai ini.

Namun Moratti memberitahu, dia tidak tertarik dengan bidaan itu dan mendedahkan mereka juga menerima tawaran terhadap Mario Balotelli dan Maicon.

"Tawaran dari Manchester United terhadap Sneijder adalah benar tetapi saya tidak tertarik dengan jumlah besar itu. Bidaan terhadap Balotelli dan Maicon pula terlalu rendah dan tidak berbaloi," katanya.

Penyerang Balotelli dan pemain bek kanan, Maicon masing-masing dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Real Madrid.

Begitupun, Maratti menolak laporan yang mendakwa bintang bawah 21 tahun Itali, Balotelli menghantar permintaan untuk berhijrah ke kelab lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain