suria

David Villa Bawa Sepanyol Ke Separuh Akhir

JOHANNESBURG: Sepanyol berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010 setelah pasukan itu pada saat-saat akhir berjaya menewaskan Paraguay 1-0 dalam perlawanan peringkat suku akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ellis Park itu menyaksikan pemain tengah Sepanyol, David Villa, menerobos gawang Paraguay pada minit ke-82 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga perlawanan tamat.

Gol yang dijaringkan ketika masa perlawanan berbaki kira-kira lapan minit itu menjadi gol yang cukup bermakna setelah pasukan itu gagal memanfaatkan sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-61.

Villa yang menyumbangkan gol untuk Sepanyol turut memperoleh gol peribadi kelima sebelum melangkah ke peringkat separuh akhir, menjadikan pemain ini sebagai pemain yang paling banyak menjaringkan gol dalam Piala Dunia 2010.

Pasukan Paraguay turut dihadiahkan tendangan penalti oleh Carlos Batres pada minit ke-59 apabila Gerard Pique berlanggar dengan Cardozo.

Namun sepakan penalti itu turut gagal disempurnakan Cardozo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain