suria

Benayoun Semakin Hampir Sertai Chelsea

Benayoun akan memperkuat Chelsea musim depan.
Benayoun akan memperkuat Chelsea musim depan.
Benayoun akan memperkuat Chelsea musim depan.

YOSSI Benayoun akan mengesahkan perpindahannya dari Liverpool dalam tempoh kurang 24 jam dan menandatangani kontrak bernilai 5.5 juta pound (RM26.95 juta) untuk menyertai Chelsea, lapor The Sun.

Tindakan pertama pengurus baru The Reds, Roy Hodgson adalah untuk mengesahkan perpindahan pemain sayap itu.

Pemain kelahiran Israel itu dipercayai akan mengikat kontrak selama empat tahun di Stamford Bridge.

Dalam pada itu, The Independent melaporkan Benayoun akan memperoleh pendapatan kira-kira 55,000 pound (RM269,467.66) seminggu bersama The Blues.

Hodgson akan menerima suntikan kewangan bernilai 15 juta pound (RM73.49 juta) oleh lembaga pengarah Liverpool untuk memperkukuhkan pasukan itu memandangkan Javier Mascherano turut dijangka akan meninggalkan Anfield.

Masa depan Steven Gerrard dan Fernando Torres juga masih samar bersama Liverpool.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain