suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benayoun Selangkah Ke Stamford Bridge

PEMAIN tengah Liverpool, Yossi Benayoun dilaporkan menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Chelsea.

Pada awal tahun ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menuju ke Stamford Bridge.

Kenyataan yang dikeluarkan Sport 5 di Israel mendedahkan perpindahan itu berjaya disempurnakan.

Chelsea mengesahkan Joe Cole akan meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat bulan depan dan Benayoun merupakan pemain yang berpotensi menggantikan tempatnya.

Bulan lalu, Benayoun memberitahu Pengurus The Blues, Carlo Ancelotti berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan bersedia menawarkan bidaan sebanyak 6 juta pound (RM28.98 juta).

"Ancelotti menagih khidmat saya pada musim depan dan sekarang segalanya bergantung kepada Liverpool. Chelsea terpaksa membayar sejumlah wang kepada Liverpool dan saya yakin, perpindahan ini akan dilakukan kelak," katanya.

Walaupun jarang diturunkan dalam skuad utama Liverpool musim lalu, Benayoun masih berupaya meledak sembilan gol dalam semua perlawanan.

Nasib tidak menyebelahi The Reds pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, apabila sekadar menduduki tempat ketujuh sekali gus tersingkir daripada kejuaraan Eropah musim depan.

Bagaimanapun, Chelsea dan ejen Benayoun tidak membuat sebarang komen berhubung spekulasi itu.

Artikel Lain