suria

Drogba Belum Pasti Beraksi

Drogba menjalani latihan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.
Drogba menjalani latihan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.
Drogba menjalani latihan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

KEPUTUSAN sama ada kapten Ivory Coast, Didier Drogba akan diturunkan atau tidak menentang Portugal pada aksi pembukaan Kumpulan G malam ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kecergasannya.

Pengurus Ivory Coast, Sven-goran Eriksson mengakui dia tidak mempunyai sebarang idea jika Drogba yang masih berusaha memulihkan kecederaan sikunya sudah bersedia diturunkan.

Begitupun, Eriksson akan memastikan penyerang sensasi itu beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan seterusnya.

"Saya sendiri tidak tahu. Mungkin kita akan membuat keputusan beberapa jam sebelum sepak mula. Dia menunjukkan reaksi positif dalam sesi latihan semalam. Namun, hanya dia seorang saja yang boleh membuat keputusan sama ada untuk beraksi atau tidak," katanya.

Semalam, beberapa kakitangan bertemu dengan pegawai perlawanan untuk menentukan sama ada Drogba yang menjalani latihan di Stadium Nelson Mandela Bay dibenarkan beraksi selepas mengalami kecederaan siku pada saingan pemanas badan awal bulan ini.

Selepas menjaringkan 37 gol dalam semua perlawanan musim lalu, kehadiran Drogba amat penting buat pasukan untuk meniupkan peluang ke pusingan kedua memandangkan mereka diletakkan bersama Brazil, Portugal dan Korea Utara dalam Kumpulan Maut.

Mereka perlu melepasi halangan juara lima kali, Brazil dan pasukan licik, Korea Utara.

"Portugal adalah pasukan hebat yang memiliki beberapa pemain bintang. Namun saingan tidak mudah buat kedua-dua pasukan. Kami turut dibarisan pemain hebat," tambahnya.

Artikel Sebelum