Anak Felda Hulu Belitong Kluang Hadiah Emas Untuk Johor - Sukan | mStar

Anak Felda Hulu Belitong Kluang Hadiah Emas Untuk Johor

MELAKA: Anak kelahiran Felda Hulu Belitong, Kluang, Nurul Assikin Mohd Rashid membawa pulang emas untuk Johor setelah menjuarai acara 400m Sukma ke-13 di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.

Nurul Assikin, 17, yang baru pertama kali beraksi dalam Sukma, berkata kemenangan itu amat bermakna kerana ia turut disaksikan oleh kedua ibu bapanya yang sanggup datang ke Melaka semata-mata untuk memberi sokongan.

"Mula-mula tu saya rasa takut-takut juga. Tapi saya jadi lebih bersemangat apabila lihat ibu bapa saya datang, cikgu-cikgu pun turun beri 'support'..." katanya kepada Bernama.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu berkata selepas Sukma beliau akan menumpukan latihan untuk Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean.

"Saya harap saya dapat memperbaiki prestasi pada 'Asean School Games'. Harap dapat buat lebih baik dari ini," katanya.

Sementara itu, Nurul Faizah Asma' Mazlan dan Nur Farahana Musa dari Terengganu meraih pingat perak dan gangsa dalam acara tersebut.

Bagi acara 400m lelaki, atlet Kedah P.Yuvaraaj menggondol emas manakala perak dimenangi Muhammad Idris Zakaria dari Terengganu dan Ahmad Fakri Ismail dari Kelantan membawa pulang gangsa.

Artikel Sebelum

Tosic Sah Milik CSKA Moscow

Artikel Berikut

Belanda Gagal Pamer Aksi Sebenar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain