suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cole Setuju Sarung Jersi Arsenal Musim Depan

MENURUT laman web Goal.com UK, pemain tengah England, Joe Cole bersetuju menyarung jersi Arsenal musim depan.

Cole dilaporkan menandatangani kontrak bernilai 80,000 pound seminggu (Rm386,622) selama tiga tahun sebelum berlepas ke Afrika Selatan bersama skuad England minggu lalu.

Perpindahan mengejut itu dirahsiakan oleh kedua-dua pihak kerana persetujuan itu memerlukan Cole membuktikan dia sentiasa cergas selepas kembali dari Piala Dunia kelak.

Laporan perubatan umum Cole pada Isnin lalu sudah cukup menyakinkan Pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagi memastikan Cole bebas daripada kecederaan serius, Arsenal turut memasukkan klausa yang bermaksud dia perlu melepasi ujian perubatan penuh sekembalinya dari Afrika Selatan supaya perpindahan itu disempurnakan secara rasmi.

Keputusan Cole itu sekali gus menamatkan impian Tottenham, Manchester United, Manchester City dan Liverpool untuk membawa masuk pemain tengah berbisa itu secara percuma pada musim panas ini.

Wenger sentiasa mengagumi skil teknikal dan keupayaan Cole untuk beraksi di bahagian tengah dengan formasi pilihannya, 4-2-3-1.

Dia hanya bimbang mengenai permintaan gaji dan tahap kecergasan jangka panjang pemain Chelsea itu.

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain