suria

Ferguson Intai Khidmat Yaya Toure

Yaya kini menjadi buruan utama Ferguson pada musim panas ini. Foto AFP
Yaya kini menjadi buruan utama Ferguson pada musim panas ini. Foto AFP
Yaya kini menjadi buruan utama Ferguson pada musim panas ini. Foto AFP

LONDON: Manchester United dilaporkan bersedia mengemukakan tawaran bernilai 18 juta pound (RM86 juta) untuk membawa masuk pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure dari Barcelona.

Pengurus Sir Alex Ferguson berhasrat untuk memperkukuhkan barisan tengah United berikutan kecederaan yang menghantui Owen Hargreaves dan kemerosotan pretasi Michael Carrick serta Anderson.

Menurut laporan media di Sepanyol, Ferguson menjadikan pemain berusia 27 tahun itu sebagai sasaran utama yang berupaya memperkuat bahagian tengah Red Devils untuk kejuaraan musim depan.

Walaupun pengurus Barca, Pep Guardiola tetap ingin mempertahankan khidmat Toure, khabar angin kelmarin menyatakan kelab Catalan itu akan mempertimbangkan untuk melepaskan pemain berkenaan dengan bayaran sebanyak 25 hingga 30 juta pound (RM119.7 hingga RM143.6 juta).

Akibat jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, Toure dilaporkan mahu meninggalkan Nou Camp dan ingin menyertai kelab Liga Perdana Inggeris musim depan.

Jika dia menyempurnakan perpindahan ke Old Trafford, Yaya akan bertemu dengan adiknya, Kolo yang kini beraksi bersama seteru jiran United, Manchester City.

Artikel Sebelum

Artikel Lain