suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Sasar Dua Emas Acara Perahu Layar

LANGKAWI: Kedah meletak sasaran memenangi sekurang-kurangnya dua pingat emas acara perahu layar pada Sukan Malaysia (Sukma 2010) di Melaka mulai 10 Jun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah Mohd Afendy Abdullah berkata sasaran itu disandarkan kepada beberapa pelayar termasuk pelayar elit, Khairulnizam Mohd Afendy, dalam kelas Laser Standard.

Seorang lagi pelayar yang mempunyai harapan ialah Khairunita Mohd Afendy dalam kelas International 470.

Mohd Afendy berkata seramai 15 pelayar akan menggalas cabaran Kedah pada temasya itu.

Timbalan Pengurus Besar II Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Ismail Said dilantik sebagai pengurus pasukan Kedah ke Sukma 2010.

Artikel Lain