suria

Temasya SukanTahunan Sekolah Dijadikan Lebih Menarik: Alimuddin

KLANG: Temasya Sukan Tahunan Sekolah di negara ini akan dijadikan lebih menarik mulai tahun depan bagi meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam bidang itu.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pendekatan terbaik telah dirumus bagi memastikan temasya sukan itu diberi penekanan khas serta dilihat sebagai aktiviti yang lebih serius.

"Kita hendak jadikan Temasya Sukan Tahunan sebagai acarakemuncak sukan di sekolah dengan melibatkan penyertaan pelajar sekolah lain dan ibu bapa bagi mewujudkan satu persaingan yang lebih sihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan perayaan Hari Guru peringkat negeri Selangor di sebuah hotel di sini.

Beliau berkata langkah itu adalah selaras dengan rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid satu sukan yang akan dilaksana tahun depan.

Alimuddin juga mencadangkan agar Temasya Sukan Tahunan Sekolah diadakan pada penggal kedua sesi persekolahan supaya acara saringan kejohanan temasya sukan tahunan seperti merentas desa, lontar lembing dan lompat tinggi dapat diadakan sebelum itu.

"Sekolah-sekolah harus menyesuaikan jadual mereka bagi tujuan itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain