suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Capello Ketepi Tawaran Inter, Fokus Pimpin England

LONDON: Pengurus England, Fabio Capello menyangkal khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Inter Milan apabila Jose Mourinho meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid.

Presiden Inter, Massimo Moratti kini sedang merangka senarai calon sesuai untuk meneruskan tanggungjawab Mourinho dan mengakui Capello merupakan sasaran utama.

"Kami sudah menghubunginya sebelum ini dan dia mungkin berminat," kata Moratti.

Namun, Capello menegaskan dia lebih fokus terhadap tugasnya sekarang dengan mengemudi England menjulang trofi Piala Dunia di Afrika Selatan pada musim panas ini.

"Juventus, Inter, Real Madrid dan beberapa pasukan lain seperti AC Milan turut mengemukakan tawaran kepada saya. Ia bagus tetapi saya mahu fokus pada kejohanan Piala Dunia," tambahnya.

Artikel Lain