suria

England Janji Aksi Lebih Baik

Penyerang England, Wayne Rooney (kanan), diasak pemain Mexico, Francisco Rodriguez (kiri) dan Gerardo Torrado di Stadium Wembley Stadium. Foto REUTERS

LONDON: Steven Gerrard mengakui England boleh beraksi lebih baik berbanding apa yang mereka lakukan selepas menundukkan Mexico 3-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa, semalam.

England masih mencari rentak permainan pada babak pertama dan Gerrard berkata, Pengurus Fabio Capello tidak berpuas hati dengan persembahan mereka.

"Pengurus mahu melihat kami lebih agresif pada babak kedua. Kami perlu berbuat demikian kerana kami memberi banyak ruang kepada mereka pada separuh masa pertama," katanya.

Ledley King melakukan penampilan pertama untuk memperkuat tembok pertahanan England sejak 2007 dan meraikan kepulangannya dengan menjaringkan gol pembukaan. Namun, dia mengakui masih belum mencapai pretasi terbaiknya semalam.

"Ia bukan malam terbaik saya. Permainan ternyata sukar kerana mereka menggerakkan bola dengan pantas. Namun kami bangkit pada babak kedua dan bermain lebih baik," katanya.

Sejarah kecederaan King menjadi bualan ramai dalam pemilihannya ke Afrika Selatan tetapi dia percaya lututnya boleh menangani segala tekanan pada aksi Piala Dunia kelak selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Spurs di penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Artikel Lain