suria

Christie Kerr, Natalie Gulbis Sah Penyertaan Dalam LPGA Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain golf wanita nombor lima dunia Cristie Kerr mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan sulung Sime Darby LPGA Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club dari 22 hingga 24 Oktober ini.

"Saya sangat teruja. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia untuk LPGA. Ia selalunya pengalaman yang menarik untuk meninjau tempat baru, bertemu muka-muka baru, dan melihat adat resam serta budaya baru," kata pemain berumur 33 tahun itu dalam satu kenyataan di sini.

Kerr merupakan salah seorang daripada pemain terbaik LPGA Tour sejak 1997, dan kini beliau adalah pemain terbaik Amerika, di samping menduduki tempat ke-5 dalam ranking pemain golf dunia.

Seorang lagi pemain golf ternama dalam LPGA Tour, Natalie Gulbis, turut menyuarakan keyakinan bahawa Sime Darby LPGA Malaysia akan menampilkan barisan pemain golf terbaik wanita, yang mencerminkan betapa menarik dan berprestij kejohanan itu.

"Ini juga merupakan kali pertama bagi saya untuk bermain di Malaysia, namun saya sememangnya sukakan melancong ke Asia, jadi saya pasti ia akan menjadi perjalan yang menarik buat saya," kata pemain berumur 27 tahun itu, yang menjadi pemain profesional pada Julai 2001.

Sime Darby LPGA Malaysia menawarkan hadian tunai menjangkau USD1.8 juta dan format permainan untuk pertandingan tiga hari itu ialah pukulan 54 lubang.

Artikel Lain