suria

Grosso, Candreva Digugurkan Dari Skuad Itali

Grosso menjaringkan penalti untuk membantu Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006.
Grosso menjaringkan penalti untuk membantu Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006.
Grosso menjaringkan penalti untuk membantu Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006.

ITALI: Fabio Grosso yang menjaringkan penalti ketika Itali memenangi Piala Dunia pada 2006 disingkirkan daripada pasukan kendalian pengurus Marcelo Lippi bagi mempertahankan kejuaraan itu di Afrika Selatan tahun ini.

Lippi bukan saja dilaporkan akan mengurangkan skuadnya daripada 30 kepada 23 pemain tetapi turut menggugurkan Grosso dan rakan sepasukannya, Antonio Candreva serta terpaksa menunggu sehingga 1 Jun ini untuk membuat keputusan akhir.

"Saya tidak memilih pemain kerana rasa berterima kasih. Namun saya masih mempunyai 28 pemain. Saya memberi tempoh 10 hari kepada diri sendiri untuk membuat pemilihan tepat," katanya.

The Azzurri akan bertemu Paraguay, New Zealand dan Slovakia pada aksi peringkat Kumpulan F yang akan membuka tirainya pada 11 Jun hingga 11 Julai ini.

Grosso mempamerkan aksi hambar bersama Juventus yang menamatkan saingan Serie A di tempat ketujuh musim ini tetapi penyingkirannya ternyata mengejutkan ramai pihak selepas dia membantu Itali menjulang trofi kejuaraan, empat tahun lalu.

Kini, pemain Genoa, Domenico Criscito diberi peluang untuk memainkan peranan memperkuat bek kiri walaupun kurang pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

Lippi bagaimanpun tidak memberikan sebarang komen mengenai masa depannya tetapi sekali lagi memberi bayangan awal bahawa dia akan bersara selepas Piala Dunia.

Kenyataan sama itu pernah dikeluarkannya empat tahun lalu dan Persekutuan Bolasepak Itali berjanji membuat keputusan akhir sebelum pasukan itu berlepas ke Afrika Selatan, awal bulan depan.

Artikel Lain