suria

Kelantan Mahu Bina Litar Lumba Bernilai RM10 Juta

KOTA BAHARU: Kelantan bercadang membina sebuah litar perlumbaan kereta dan motosikal seluas 19.2 hektar bernilai RM10 juta di Tanah Merah.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata projek tersebut dilakukan dengan usahasama sebuah syarikat swasta.

"Dengan adanya gelanggang perlumbaan permotoran ini, ia membolehkan remaja atau peminat permotoran jenis laju membuktikan kebolehan mereka memandu dengan menggunakan gelanggang rasmi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Kembara Jelajah Kota Baharu yang disertai 60 kereta sport mewah, di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini ramai peminat lumba kereta dan motosikal, termasuk golongan Mat Rempit tidak mempunyai gelanggang khas untuk melakukan aktiviti sukan permotoran.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Belia Jaguh Negara

Artikel Lain