suria

David Beckham Cedera, Harapan Wakili England Dalam Piala Dunia Musnah...

HELSINKI (Finland): Harapan pemain England David Beckham untuk beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia, Jun ini hancur musnah selepas dia mengalami kecederaan serius pada tumit (achilles tendon)ketika beraksi buat AC Milan kelmarin.

Menurut doktor yang merawatnya, Beckham yang telah mewakili England sebanyak 115 kali memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan untuk boleh beraksi semula.

Pusingan akhir Piala Dunia pula akan bermula pada 11 Jun.

Jurulatih England, Fabio Capello dalam reaksi segera berkata, pihaknya perlu menunggu hasil pembedahan yang akan dilakukan untuk mengenalpasti peluang pemain itu beraksi pada Piala Dunia tetapi pada masa yang sama menerima hakikat bahawa harapan Beckham tersangat tipis.

"Saya telah menelefon David semalam untuk bertanyakan keadaannya dan saya sangat memahami perasaannya setelah dia berusaha gigih untuk terus cergas bagi memastikan tempatnya dalam skuad England," ujar Capello.

Beckham sedang bersedia untuk melakukan sepakan ketika pasukannya menentang Chievo apabila tiba-tiba dia menjerit "Aduh!koyak..."

Dengan ketiadaan Beckham, Capello kini perlu menumpukan perhatian kepada Theo Walcott, Shaun Wright-Phillips dan James Milner untuk mengisi posisi sayap kanan pasukan kebangsaan England.

Beckham yang segera diterbangkan ke bandar ini untuk dibedah oleh doktor terkenal Sakari Orava telahpun selamat menjalani rawatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain