Telekom Malaysia Ikat Perjanjian Dengan Persatuan Bola Sepak England - Sukan | mStar

Telekom Malaysia Ikat Perjanjian Dengan Persatuan Bola Sepak England

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) hari Selasa memeterai perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak England untuk menjadi syarikat telekomunikasi rasmi bagi pasukan itu di negara ini.

Pengerusi TM Datuk Dr Halim Shafie berkata rakan perkongsian itu sehingga akhir tahun ini memberi TM pelbagai hak berhubung pelesenan dan rakan niaga termasuk penggunaan eksklusif lambang pasukan dan gambar pemain England.

"Tujuan perjanjian ini ialah ingin bersama-sama meraikan Kejohanan Piala Dunia.

"TM memilih England kerana Malaysia sudah ada pertalian lama dengan England dan peminat pasukan England juga adalah pelanggan TM, jadi ini satu strategi pemasaran yang menarik," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Menara Telekom.

TM diwakili oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa manakala Persatuan Bola Sepak England diwakili oleh pengurus pembangunan perniagaan, Marcus Bennet.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Aizuddin Ahmad.

Halim juga berkata TM telah mendapatkan hak untuk menampilkan program Wira Bolasepak Dunia, iaitu penyusunan 13 episod rancangan televisyen dengan setiap episod selama sejam.

Bagi mempromosikan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selama sebulan mulai Jun ini, TM akan melancarkan beberapa siri acara termasuk Karnival Wira Bolasepak Dunia 2010, TM Million Kick Challenge, dan pesta menonton Piala Dunia.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain