suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki: Sabah Mula Saingan Dengan Menang 2-1 Ke Atas Sarawak

SANDAKAN: Pasukan tuan rumah Sabah memulakan saingan Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Sarawak 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di sini, semalam.

Mohd Afiq Japli menjadi wira pasukan Sabah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama.

Gol pembukaan Sabah dihasilkan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Dion Duni sebelum Sarawak menyamakan kedudukan menerusi Baniela Lihim pada minit ke-30.

Kejohanan, yang disertai oleh 12 pasukan negeri dan pasukan jemputan Singapura, itu diadakan di Kompleks Sukan Sandakan di sini.

Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pahang, Perlis, Selangor dan Singapura.

Kumpulan B pula terdiri Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

KEPUTUSAN:

Kumpulan A:

Selangor menang ke atas (mn) Kelantan 4-2

Pahang mn Perlis 4-0

Johor mn Singapura 2-0

Kumpulan B:

Perak mn Negeri Sembilan 4-1

Pulau Pinang mn Melaka 6-2

Sabah mn Sarawak 2-1. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain