suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung NS 2010

SEREMBAN: Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2010 anjuran bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dan Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) akan bermula di Gunung Tampin pada 6 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail berkata ini diikuti Gunung Datuk di Rembau pada 10 April dan Gunung Angsi di Kuala Pilah pada 8 Mei.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan pada sirkit kali ketiga ini iaitu Terbuka Antarabangsa, Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran, Remaja Lelaki dan Remaja Wanita, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya sirkit itu menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang mengikut kategori untuk tempat pertama sehingga ke-10.

Selain LPNS dan MBNS, borang penyertaan boleh juga didapati di Pejabat Daerah Rembau, Pejabat Daerah Tampin, Pejabat Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Sebarang pertanyaan mengenai sirkit ini bolehlah menghubungi LPNS di talian 06-7659734 atau MBNS di 06-7639473. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain