suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emirates Taja AC Milan

ROME: AC Milan telah menandatangani perjanjian penajaan jersi selama lima tahun dengan Emirates Airlines bernilai €60 juta.

Perjanjian dengan syarikat penerbangan milik Kerajaan Dubai itu akan bermula dari Julai 2010 hingga Jun 2015.

Kontrak itu juga termasuk beberapa insentif dalam bentuk bonus di atas kejayaan pasukan itu, kata Milan dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasminya.

“Perjanjian ini menunjukkan bahawa Milan sebagai satu jenama dan produk yang berkualiti terus menarik perhatian syarikat-syarikat yang berinovasi tinggi dan dinamik dalam dunia,” kata Naib Presiden Milan Adriano Galliani.

Dengan perjanjian itu juga, Milan kini menjadi kelab kelima dari lima negara yang berasingan untuk mempamerkan logo Emirates pada jersi pasukan iaitu bersama-sama kelab Inggeris, Arsenal, Paris St Germain (Perancis), Hamburg (Jerman) dan Olympiakos (Greece).

Bagaimanapun tidak sepertimana Arsenal, penajaan ke atas Milan tidak melibatkan penjenamaan semula stadium mereka kepada nama penaja. — AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain