MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs terpaksa direhatkan sehingga sebulan selepas mengalami keretakan pada tulang lengannya ketika menentang Aston Villa pada malam Rabu.
Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri, 1-1.
Gigg mengalami kecederaan itu selepas berlanggar dengan pemain gantian Aston Villa, Steve Sidwell.
Pemeriksaan X-ray mengesahkan keretakan tulang tersebut, menurut kenyataan pasukan The Red Devils itu. - AP


