suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aston Villa Semakin Hampir Ke Final

LONDON: Pasukan bola sepak Aston Villa kini hanya semakin menghampiri pusingan akhir Piala Liga pada bulan depan di Stadium Wembley setelah jaringan James Milner memberi kemenangan 1-0 ke atas pasukan Blackburn Rovers di Ewood Park pagi tadi.

Milner berjaya membolosi gawang lawa selepas serangan balas pantas pada minit ke-23. Penjaga gol Villa, Brad Guzan yang pada mulanya berjaya menepis tendangan serangan bagaimanapun kecundang apabila Milner yang tidak dikawal merembat masuk.

Dua peluang bagi Rovers memperoleh gol bagaimanapun gagal apabila sepakan Nikola Kalinic terkena tiang yang sama sekaligus memberi peluang kepada Villa untuk mara.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Villa Park Rabu depan dan pemenang akan bertemu sama ada juara bertahan Manchester United atau Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga ke-50 di Stadium Wembley pada Februari 28. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain