suria

Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan pemain England, Andrew Smith dengan 'straight set' pada pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2010 di Stadium Lawan Pedang Olimpik, Seoul hari ini.

Pemain pilihan utama berusia 27 tahun itu membuka langkah dengan kemenangan mudah 21-4 pada set pertama dan kejayaan 21-14 pada set berikutnya.

Chong Wei akan menentang pemain bukan pilihan Marc Zwiebler dari Jerman pada pusingan kedua hari ini.

Selain Chong Wei, Kuan Beng Hong turut melangkah ke pusingan kedua kejohanan yang menawarkan ganjaran berjumlah AS$300,000 (RM1,000,000) setelah mengetepikan pemain Korea Selatan, Jang Young Soo dalam aksi tiga set 25-23, 18-21, 21-16.

Pada pusingan kedua, Beng Hong akan berdepan pemain pilihan kelima kejohanan dan kesembilan dunia, Park Sung Hwan dari Korea Selatan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan Tan Chung Seang apabila disingkirkan pemain China, Du Pengyu 15-21, 16-21 dalam masa 39 minit manakala Chong Wei Feng tunduk kepada pemain pilihan kedua kejohanan Peter Hoeg Gade dari Denmark 19-21, 17-21.

Dalam acara perseorangan wanita, Wong Mew Choo gagal melepasi pusingan pertama apabila tewas kepada pemain pilihan kedua, Mi Zhou dari Hong Kong 21-10, 10-21, 11-21.

Beregu lelaki negara, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen turut tewas kepada pasangan dari Taiwan Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu 19-21, 16-21. - BERNAMA

Artikel Lain