suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Tersingkir Dari Saingan Copa Del Rey

MADRID: Sevilla berjaya menyingkirkan pasukan Barcelona dalam pertandingan pertama pasukan itu dibawah jurulatih, Pep Guardiola walaupun Sevilla tewas 1-0.

Sevilla mara ke suku akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan selepas perlawanan tyimbal balik berakhir dengan keputusan agregat 2-2.

Bagaimanapun, usaha berterusan yang ditunjukkan oleh pemain pasukan Barcelona membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-64 menerusi rembatan Xavi Hernandez.

Sepakan Lionel Messi terkena tiang manakala Zlatan Ibrahimovic tersasar walaupun gawang ternganga luas ketika pemegang pelbagai gelaran itu berusaha mendapatkan satu lagi gol untuk mara.

“Kami menyingkirkan pasukan terbaik dunia," kata pemain sayap Sevilla, Diego Capel.

Barcelona memenangi setiap pertandingan yang disertainya sejak ketibaan Guardiola sebelum permulaan musim 2008-09 dengan menjulang enam trofi. - AP

Artikel Lain