suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Juarai Bola Keranjang Lelaki Bawah 18 Tahun Kebangsaan

SANDAKAN: Pasukan Johor menjuarai Kejohanan Bola Keranjang Lelaki Bawah Umur 18 tahun kebangsaan selepas menewaskan Kuala Lumpur 85-69 pada perlawanan akhir malam semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan itu ternyata didominasi oleh Johor dari awal lagi biarpun Kuala Lumpur diwakili oleh ramai pemain kebangsaan.

Pemain Johor Choo Wei Hong menyumbang paling banyak mata iaitu sebanyak 21 bagi membantu pasukannya menjuarai kejohanan itu.

Jurulatih Johor Tas Guan Lee berkata beliau menerapkan dalam fikiran pemain supaya bermain seperti biasa dan tidak gentar untuk menghadapi pasukan Kuala Lumpur yang ramai dibarisi pemain kebangsaan.

"Ternyata pesanan saya kepada mereka berjaya dan mereka dapat bermain dengan baik serta menahan asakan pemain Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan akhir itu.

Tas berkata dia sudah membimbing pasukan berkenaan selama tiga tahun dan mereka pernah menjuarai kejohanan kebangsaan bawah umur 16 tahun sebanyak tiga kali.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Pulau Pinang selepas menewaskan Selangor 77-70.

Dalam kategori perempuan bawah umur 18 tahun, Selangor muncul juara selepas menewaskan Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis 70-63.

Pahang muncul tempat ketiga apabila menewaskan Sarawak 80-73. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain