suria

Skuad Badminton Lelaki Rangkul Perak

VIENTIANE: Skuad badminton lelaki negara sekadar meraih pingat perak selepas tewas kepada pasukan pilihan, Indonesia 13 dalam perlawanan akhir acara berpasukan lelaki yang berlangsung di Gimnasium 1, Kompleks Sukan Nasional di sini hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran emas bagi acara lelaki berpasukan pada temasya Sukan SEA kali ini dengan kali terakhir skuad badminton lelaki negara memenangi emas ialah pada Sukan SEA 2005 di Manila.

Dalam perlawanan pertama hari ini, pemain ranking ke-23 dunia Muhammad Hafiz Hashim tewas kepada pemain ranking ketujuh dunia, Sony Dwi Kuncoro 20-11, 21-14, 12-21. Beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pula menyumbang mata tunggal negara apabila menewaskan Markis KidoHendra Setiawan 19-21, 22-20, 21-10 manakala perseorangan kedua negara Kuan Beng Hong tumpas kepada Simon Santoso 18-21, 13-21.

Perjuangan pasukan negara berakhir selepas beregu kedua negara Mohd Zakry Latiff Mohd Fairuzizuan Tazari tewas kepada gandingan Mohammad AhsanNova Widianto 18-21, 17-21.

Ketua jurulatih negara Rashid Sidek berkata Muhammad Hafiz telah menunjukkan peningkatan daripada semua segi dan berharap beliau akan menebus kekecewaan itu apabila sekali lagi akan bertemu Sony dalam acara perseorangan yang bermula esok.

"Hafiz telah memberikan saingan yang sengit dalam perlawanan hari ini sehingga boleh membawa Sony bermain ke set penentuan namun nasib tidak menyebelahinya," katanya kepada pemberita.

Secara keseluruhannya, Rashid berkata keputusan perlawanan hari ini sudah dijangka terutama selepas ketiadaan pemain nombor satu negara Lee Chong Wei.

Katanya perseorangan kedua negara Kuan Beng Hong sebenarnya belum pulih daripada kecederaan lutut namun terpaksa bermain kerana tidak mempunyai pilihan lain. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Acara Sukan Sea Laos Hari Ini

Artikel Lain