suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Miliki Gelanggang Sukan Lasak Bertaraf Antarabangsa

ALOR SETAR: Kedah kini sedia menjadi penganjur acara sukan lasak bertaraf dunia setelah gelanggang sukan lasak bernilai hampir RM500,000 dibuka di Taman Jubli Emas di sini.

Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, gelanggang yang dibina bersama YSb, Kementerian Belia dan Sukan (KBs) dan kerajaan negeri itu merupakan gelanggang sukan lasak yang tercanggih di negara ini, dilengkapi dengan peralatan dan ciri-ciri keselamatan terbaik.

"Gelanggang sukan lasak ini telah dilengkapi dengan peralatan seperti mini ramps untuk aktiviti inline skating, judge tower dan spine ram, serta foam pit yang mana akan menjamin keselamatan peserta", tegas baginda ketika merasmikan gelanggang berkenaan hari ini.

Tuanku Puteri Intan Syafinaz juga berkata YSB akan bekerjasama dengan KBS untuk menyediakan jurulatih dan petugas bagi melatih dan memantau anak-anak muda yang berminat dalam aktiviti sukan lasak.

Gelanggang sukan lasak fasa 1 itu siap dibina pada Oktober 2008 dan fasa 2 pada 2 November 2009 dan pernah dijadikan gelanggang Karnival Sukan Lasak YSB-Rakan Muda yang disertai oleh peserta luar negara pada Oktober lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Fairuzizuan/ Zakry Tertekan

Artikel Berikut

Artikel Lain