suria

Terengganu Senarai Enam Pemain Baru Untuk Liga M 2010

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyenaraikan enam pemain baru bagi memantapkan pasukan negeri dalam menghadapi saingan Liga Malaysia tahun depan.

Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata dua daripada mereka adalah bekas pemain Sarawak itu ialah penyerang Joseph Kalang Tie dan Ronny Harun(pertahanan).

Pemainpemain lain ialah bekas pemain kebangsaan K.Rajan dan Helmi Remeli, keduaduanya bekas pemain Kuala Muda Naza, Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Perlis) dan Tengku Hasbullah Tengku Hassan (KL Plus).

"Kita juga dalam rundingan dengan beberapa orang lagi pemain, termasuk beberapa nama terkenal untuk memperkuatkan lagi pasukan tahun depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Che Mat berkata Terengganu akan mendapat jurulatih baru iaitu bekas jurulatih Perlis Irfan Bakti Abu Samah bagi melatih pasukan Terengganu tahun depan untuk menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontraknya.

Beliau berkata setakat ini PBSNT telah menyenaraikan 21 orang pemain, termasuk mengekalkan 15 orang pemain musim ini untuk membentuk pasukan tahun depan.

"Kita perlukan seramai 26 orang pemain untuk didaftarkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 9 Disember ini," katanya.

Che Mat berkata bajet PBSNT untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan akan meningkat kepada RM3 juta, berbanding RM2 juta pada tahun ini.

Beliau berkata peningkatan bajet PBSNT itu menggambarkan PBSNT benarbenar mahu membentuk pasukan yang kuat dengan pemainpemain hebat bagi menghadapi kejohanan yang berprestij itu.

Che Mat berkata majlis menandatangani kontrak pemainpemain akan diadakan apabila Menteri Besar Datuk Ahmad Said pulang daripada mengerjakan Haji nanti.

Senarai pemain Terengganu 2010:

Mohamad Sharbinee Allawee Ramli, Mohamad Hafiezi Idris, Mohamad Shamiza Yusof, Hariri Mohd Safii, Mohamad Muhaimin Omar, Che Ku Ahmad Rusydi Amar, Mohd Marzuki Yusof, Zairo Anuar Zailani , Ahmad Nordin Alias, Shahrizam Mohamad, Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Tengku Hazman Raja Hassan, Joseph Kalang Tie, Tengku Hasbulah Raja Hassan, Ronny Harun, Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Helmi Remeli, K Rajan, Muhamad Ashaari Shamsuddin, Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi dan Abdul Manaf Mamat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Santokh Singh Semakin Pulih

Artikel Berikut

Artikel Lain