Chong Wei Juarai Badmiton Terbuka Hong Kong - Sukan | mStar

Chong Wei Juarai Badmiton Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong hari ini.

Pemain perseorangan utama negara itu bagaimanapun memerlukan masa 58 minit untuk menewaskan Peter Gade dalam perlawanan yang berlangsung tiga set, 21-13, 13-21, 21-16.

Pada perlawanan itu, Chong Wei berjaya mempamerkan penguasaannya apabila memenangi set pertama 21-13 sebelum Peter Gade menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya untuk memenangi set kedua dengan jumlah mata yang sama.

Namun kebangkitan Peter Gade yang juga merupakan bekas pemain nombor satu dunia itu berjaya disekat oleh Chong Wei apabila menewaskan pemain pilihan ketiga kejohanan itu dengan keputusan 21-16.

Kemenangan ini membolehkan Chong Wei memenangi dua daripada tiga pertemuan mereka sepanjang tahun ini selain tonik terbaik kepadanya apabila menyertai Siri Super Terbuka China bermula Selasa ini.

Ia juga membolehkan Chong Wei mengesahkan kejuaraannya yang keenam sepanjang tahun ini selepas muncul juara Siri Super Terbuka Malaysia, Switzerland serta Indonesia, selain kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Macau dan Malaysia.

Hanya Chong Wei, menjadi wakil tunggal negara beraksi pada perlawanan akhir setelah pasangan beregu lelaki, Choong Tan Fook, Lee Wan Wah dan beregu wanita, Chin Eei Hui Wong Pei Tty tewas pada saingan separuh akhir semalam.

Sementara itu, China memastikan dua gelaran milik negara itu apabila memenangi perseorangan wanita dan beregu wanita setelah kedua-dua aksi akhir menemukan semua pemain dari kuasa badminton dunia itu.

Wang Yihan memastikan gelaran juara perseorangan wanita miliknya apabila menewaskan rakan senegara Jiang Yanjiao dalam permainan dua set; 21-13 dan 21-15.

Kejayaan itu turut dituruti beregu wanita China, Du Jing Yu Yang yang menewaskan rakan senegara Ma Jin Wang Xiaoli dalam permainan tiga set; 16-21, 21-19, 21-12.

Gelaran beregu lelaki pula menjadi milik pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung Lee Yong Dae apabila menewaskan Lars Paaske Jonas Rasmussen dari Denmark 13-21, 21-15, 21-8. Beregu campuran Poland, Robert Mateusiak Nadiezda Kostiuczyk yang berada di ranking ke-19 dunia mengejutkan pasangan Indonesia Nova Widianto Liliyana Natsir yang berada di ranking ke-3 dunia dengan keputusan 21-20, 21-16.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hoki: Malaysia Gagal Ke Piala Dunia 2010

Artikel Berkaitan

default image

Piala Monsun Capai Matlamat Tersirat

default image

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor