suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MIMC anjur Kejohanan Motosikal BZ 2009

MELAKA: Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) akan menganjurkan Kejohanan Motosikal BZ 2009 melibatkan tiga pusingan perlumbaan di litar MIMC Ayer Keroh di sini, bermula 18 Okt ini.

Pengarah Urusan MIMC, Shaharul Mohd Ali berkata dua lagi pusingan perlumbaan akan diadakan pada 22 Nov dan 27 Dis, di litar sepanjang 1.6 kilometer itu.

"Kejohanan ini melibatkan empat kategori iaitu kelas pertama untuk motosikal dua lejang bawah 150cc, kelas kedua untuk motosikal empat lejang bawah 125cc, kelas ketiga bagi motosikal empat lejang bawah 150cc dan kelas keempat untuk skuter empat lejang bawah 150cc," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima tajaan kejohanan daripada Ban Zen Motors Sdn Bhd di sini, hari ini.

Shaharul berkata setiap kategori menawarkan hadiah tempat pertama RM500 dan piala, kedua RM300 dan piala manakala ketiga RM200 dan piala.

Beliau berkata kejohanan itu adalah terbuka kepada semua peserta yang berminat dan borang penyertaan boleh diperoleh di pejabat MIMC, Simpang Padang Keladi, Lebuhraya Ayer Keroh di sini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia