suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

115 pasukan sertai Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI: Sebanyak 115 pasukan termasuk dari Singapura dan Brunei akan menyertai Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi bagi merebut Piala Mahsuri di Kompleks Sukan Langkawi di sini dari 14 hingga 18 Okt ini.

Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Kedah, Shukri Ahmad, berkata Singapura menghantar enam pasukan dan Brunei empat pasukan.

Kejohanan itu bagaimanapun tidak melibatkan mana-mana pemain yang pernah mewakili pasukan negara kerana tujuannya adalah bagi mencungkil bakatbakat baru, katanya.

"Kejohanan akan dijadikan asas bagi memilih pemain untuk pasukan pelapis kebangsaan untuk mewakili negara ke kejohanan antarabangsa pada masa depan," kata Shukri. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia